LG hari ini telah pun mengumumkan perancangan mereka untuk membawa peranti Optimus G Pro mereka ke pasaran Asia, dan Malaysia dijangka akan menerimanya sekitar bulan Jun 2013 ini.
LG Optimus G Pro membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 600, memori sebanyak 2GB RAM, bateri berkapasiti 3140mAh, dan dilengkapi dengan kamera 13-megapixel. Dari segi sistem operasi pula, ia dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dan menggunakan antaramuka khas daripada LG.
Untuk makluman, pada minggu lepas, pihak Brightstar telah mengumumkan akan memasarkan peranti LG di Malaysia, dan semestinya Optimus G Pro ini adalah salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna tempatan.
Harga jualannya dan tarikh rasmi ia akan dipasarkan di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.