Windows 8.1 Diperkenalkan Dengan Pelbagai Perkara Baru

Windows 8.1 Diperkenalkan Dengan Pelbagai Perkara Baru

Diterbitkan pada Mei 30, 2013 oleh .

Microsoft hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan sistem operasi versi terkini mereka, iaitu Windows 8.1, yang mana didatangkan bersama-sama pelbagai perkara baru, terutamanya penambah-baikkan dan beberapa aplikasi baru, serta kembalinya butang Start ke desktop setelah hilang pada Windows 8.

Personalization

Seperti mana kita dapat lihat pada beberapa versi tertiris sebelum ini, Windows 8.1 membawakan lebih banyak fungsi yang membolehkan anda mengubah suai paparan supaya memenuhi citarasa anda. Sebagai contoh, kini anda boleh mengubah paparan gambar latar pada skrin Start dengan gambar pilihan anda berbanding hanya gambar-gambar tertentu sahaja sebelum ini.

Windows 8.1

Pengguna kini turut disediakan dengan pilihan untuk mengubah saiz Tiles kepada lebih kecil, sama seperti yang dibawakan oleh Windows Phone sebelum ini. Perkara ini sekaligus membolehkan anda menyusun lebih banyak aplikasi pada sesuatu skrin.

Carian

Pada Windows 8.1, Search Charm turut sama menerima perhatian, dimana kini pihak Microsoft mengintegrasikan hasil carian daripada Bing, serta memaparkan kandungan yang lebih dioptimasikan dan memberikan “jawapan” dan hasil carian terbaik untuk anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda membuat carian sesuatu aplikasi, kini anda tidak lagi perlu tap pada bahagian kanan untuk pilihan kategori, tetapi ia dipaparkan dengan lebih baik, serta pada masa yang sama selain memaparkan fail dan aplikasi daripada komputer anda, ia turut memberikan cadangan carian daripada web.

Windows 8.1

Integrasi Sokongan Awan

Skydrive sedia diperkenalkan pada Windows 8, dan pada 8.1 kini Microsoft mengintegrasikannya dengan lebih baik, membolehkan pengguna menyimpan sesuatu fail terus ke SkyDrive (tanpa perlu membuatnya secara manual), disamping turut membolehkan fail-fail pada aplikasi SkyDrive diakses walaupun secara offline.

Integrasi awan pada Windows 8.1 juga membolehkan anda membawa sekali tetapan-tetapan dan juga aplikasi pada komputer anda ke mana-mana, dan mengaksesnya dengan mudah apabila menggunakan akaun Microsoft anda pada peranti Windows 8.1 yang lain.

Internet Explorer

Pelayar web popular daripada Microsoft kini dinaik-taraf ke Internet Explorer 11, membawakan para pengguna untuk membuka seberapa banyak tab yang mereka mahu, dan pada masa yang sama sync dengan peranti Windows 8.1 yang lain.

Aplikasi dan Windows Store

Windows 8.1Windows 8.1 turut sama memberikan perhatian kepada bahagian aplikasi, terutamanya daripada pihak Microsoft sendiri, seperti Photos, Mail, SkyDrive, Camera dan sebagainya.

Pengguna turut sama kini boleh snap aplikasi dengan membahagikan skrin kepada dua bahagian yang sama besar berbanding sebelum ini yang lebih kepada 4:1.

Salah satu perkara yang disukai oleh kami adalah dimana kini apabila pengguna memuat-turun sesuatu aplikasi, ia tidak terus ditambah ke bahagian skrin Start, sebaliknya ditambah pada bahagian aplikasi, membolehkan anda menguruskan skrin Start dengan lebih baik berbanding sebelumnya.

Dari segi aplikasi baru pula, kini Microsoft membawakan beberapa aplikasi tambahan seprti Reading List (untuk menyimpan sesuatu pautan untuk bacaan, seumpama Pocket), Calculator, Alarms, dan beberpa yang lain.

Butang Start

Sekiranya pada hari ini, pengguna hanya dipaparkan dengan pilihan skrin Start apabila membawa tetikus mereka ke bahagian penghujung bawah kiri, melalui Windows 8.1, ia tidak lagi apabila Microsoft memaparkan butang Start seperti sebelumnya, dan apabila anda klik padanya, ia membawa terus ke skrin Start.

Pengguna juga turut disediakan dengan pilihan untuk menetapkan apakah yang akan dilakukan apabila anda klik pada sesuatu bucu skrin, seperti membuka sesuatu aplikasi ataupun skrin yang lain.

Windows 8.1

…………..

Microsoft bakal menawarkannya untuk muat-turun pada penghujung bulan Jun dalam bentuk percubaan, dan versi akhirnya mungkin akan hadir dalam beberapa bulan lagi. Seperti semua sedia maklum, ia akan ditawarkan secara percuma melalui Windows Store kepada semua pengguna Windows 8 dan RT sedia ada.


TIPS & ULASAN