Cari @ Amanz

Seperti mana yang dijanjikan oleh pihak pembangun Ubuntu Touch sebelum ini, kini mereka telah pun berkongsi kemaskini terbaru mereka, membawakan bersama-sama beberapa fungsi baru, termasuk salah satunya adalah sokongan data 3G.

Walaubagaimanapun, sokongan data 3G ini masih pada peringkat permulaan pada Ubuntu Touch ini. Disamping itu, beberapa paparan mock-up pada bahagian launcher turut dikemaskini dengan beberapa aplikasi, memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada Ubuntu Touch.

Dengan pengenalan kemaskini ini, ia terus menghampiri kepada versi Ubuntu Touch yang boleh digunakan sepenuhnya, dan mungkin tidak lama lagi, lebih banyak kemaskini akan hadir daripada pembangunnya.

Peranti awal yang menggunakan platform ini dijangka hadir sekitar suku tahun akhir 2013 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd