HTC Mengesahkan HTC One Versi “Nexus” – Akan Ditawarkan Melalui Google Play Store

HTC Mengesahkan HTC One Versi “Nexus” – Akan Ditawarkan Melalui Google Play Store

Diterbitkan pada Mei 31, 2013 oleh .

Pihak HTC hari ini telah pun mengemaskini halaman blog rasmi mereka, sekaligus mengesahkan mengenai peranti HTC One dengan pengalaman penggunaan Nexus, dan mengatakan ia akan ditawarkan melalui Google Play Store bermula 26 Jun kelak.

HTC One Nexus

Seperti pelbagai peranti Nexus yang lain, HTC One yang akan hadir dengan antaramuka asas Android ini akan menerima sokongan terus daripada pihak Google, sekaligus membolehkan pengguna menikmati pelbagai kemaskini semasa dengan pantas berbanding yang lain.

Ketika pelancarannya, ia akan hadir dengan Android 4.2.2 dan berharga $599 (~RM1828). Ia dikatakan akan ditawarkan di Amerika Syarikat pada peringkat permulaan. Memandangkan ia akan ditawarkan melalui Google Play Store, mungkin agak sukar untuk pengguna tempatan mendapatkan peranti tersebut.


TIPS & ULASAN