Google Play Music Akan Hadir Ke iOS Dalam Beberapa Minggu Lagi

Google Play Music Akan Hadir Ke iOS Dalam Beberapa Minggu Lagi

Diterbitkan pada Mei 31, 2013 oleh .

Pada Google I/O yang lepas, salah satu perkhidmatan baru yang diumumkan oleh Google adalah Google Play Music “All Access”, yang mana menawarkan sokongan penstriman muzik pada harga langganan $9.99 sebulan. Kini, daripada apa yang dikongsikan Sundar Pichai, perkhidmatan tersebut akan hadir ke iOS dalam beberapa minggu lagi.

Sundar Pichai - D11

Untuk makluman, walaupun Google Play Music boleh digunakan di Malaysia (dengan mengaktifkan ia melalui VPN terlebih dahulu), namun sokongan penstriman ini masih terhad hanya untuk pengguna di Amerika Syarikat. Ia tidak diketahui sama ada versi iOS akan hanya terhad sebegitu juga ataupun sebaliknya.

Selain daripada Google, salah satu ura-ura yang kedengaran sebelum ini adalah berkaitan dengan Apple yang akan hadir dengan perkhidmatan iRadio mereka. Info mengenainya masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN