Kemaskini Android 4.1 Jelly Bean Mula Diperkenalkan Kepada Para Pengguna Xperia S

Diterbitkan pada Mei 31, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi para pengguna Sony Xperia S, anda sudah boleh mula menyemak kemaskini Android 4.1 Jelly Bean untuk peranti anda, dan mula menggunakan beberapa fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya, seperti Google Now dan beberapa penambah-baikkan yang lain.

Sony PC Companion

Untuk memulakan proses kemaskini serta-merta, para pengguna hanya perlu memuat-turun Sony PC Companion, dan seterusnya menghubungkan peranti anda sebelum memulakan proses muat-turun dan naik-taraf. Pastikan anda membuat salinan pendua untuk data dan fail pada peranti sebelum memulakannya.

Selain daripada Xperia S, antara peranti lain yang turut sama menerimanya adalah Xperia SL dan juga Xperia Acro S.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami