(Ura-Ura) HTC “T6” Akan Hadir Dengan Skrin Bersaiz 5.9-inci?

(Ura-Ura) HTC “T6” Akan Hadir Dengan Skrin Bersaiz 5.9-inci?

Diterbitkan pada Mei 31, 2013 oleh .

HTC masih tidak menawarkan sebarang peranti berbentuk phablet pada hari ini, dan dengan saiz peranti yang semakin besar dari hari ke hari, kini ura-ura baru hadir mengatakan HTC akan kelak hadir dengan sebuah peranti baru, yang dikenali dengan nama kod “HTC T6” buat masa ini.

Mengikut apa yang diperkatakan, HTC T6 ini akan menggunakan skrin bersaiz 5.9-inci dengan paparan 1080p, serta dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz, memori sebanyak 2GB RAM, dan bateri berkapasiti 3300mAh.

Fungsi-fungsi seperti BoomSound dan juga UltraPixel akan turut disertakan, dan menariknya peranti ini dikatakan akan menjalankan sistem operasi Android Key Lime Pie.

Seperti biasa, HTC tidak mengeluarkan sebarang komen ke atas ura-ura dan spekulasi. Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh HTC dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN