10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Sepanjang Bulan Mei 2013

10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Sepanjang Bulan Mei 2013

Diterbitkan pada Mei 31, 2013 oleh .

Setelah sekian lama tidak berkongsi mengenai pelbagai data semasa berkenaan carian pengguna melalui Google Malaysia, kini, kami membawakannya kembali, dan untuk bulan ini, mari kita lihat apakah 10 carian terhangat yang dilakukan pengguna.

1. SPR Keputusan PRU13

Dengan Pilihan Raya Ke-13 yang dijalankan pada awal bulan ini, Google telah menjadi salah satu medium utama yang digunakan oleh para pengguna untuk mencari pelbagai informasi semasa termasuk keputusan untuk PRU13, dan ketahui parti-parti yang menang.

2. Adam Adli

Salah seorang aktivis pelajar telah ditahan dibawah akta hasutan, dan perkara ini telah membawa kepada ramai yang membuat perhimpunan dan membincangkan mengenainya.

3. Sharifah Sakinah

Salah seorang artis tempatan yang mendapat perhatian ramai disebabkan oleh video yang dikongsikan melalui laman perkongsian Keek.

4. Teduhan Kasih

Salah satu drama yang ditayangkan di saluran TV dari hari Isnin ke Khamis ini turut mempunyai peminatnya tersendiri, disamping ramai yang melakukan cariannya di Google, mungkin untuk mengikuti siri tersebut melalui laman seperti TonTon atau YouTube.

5. Jehan Miskin

Jehan Miskin yang merupakan salah seorang artis dan pengacara, telah menamatkan zaman bujang dengan berkahwin pada 4 Mei yang lepas.

6. Eina Azman / Afiq Muiz
7. Wesak Day

Rakyat Malaysia beragama Buddha telah menyambut perayaan hari Wesak pada 24 Mei yang lepas, dimana ia merupakan cuti umum di beberapa buah negeri.

8. Hari Ibu

Salah satu hari yang disambut pada setiap tahun untuk menghargai kasih ibu, dimana ramai yang membuat carian berkaitan dengan hadiah berkaitan dengan hari tersebut melalui enjin carian Google.

9. Azmin Ali

Salah seorang wakil rakyat yang memenangi PRU13 mula mendapat perhatian, dan dikaitkan dengan kenyataan berkaitan posisi menteri besar di Selangor.

10. The Great Gatsby

Salah satu filem baru yang mula ditayangkan di pawagam tempatan bermula 16 Mei lepas, menghimpunkan pelbagai watak popular, termasuk Leonardo DiCaprio, Tobey Maguire dan juga Amitabh Bachan.


TIPS & ULASAN