Info Berkaitan Dengan “Togari” – Phablet Daripada Sony Kedengaran Kembali

Info Berkaitan Dengan “Togari” – Phablet Daripada Sony Kedengaran Kembali

Diterbitkan pada Mei 31, 2013 oleh .

Xperia TogariDesas-desus mengenai peranti berbentuk phablet bukanlah sesuatu yang baru, dan kini ia kedengaran kembali, selain beberapa spesifikasi turut dikongsikan berkaitan Xperia “Togari” bersaiz 6.44-inci ini.

Mengikut apa yang diketahui, peranti ini dijangka akan diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi dan akan membolehkan pengguna menggunakan sebarang stylus untuk melukis pada skrin, mahupun menggunakan pensil untuk tujuan tersebut.

Daripada apa yang dikatakan, peranti ini dijangka akan menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 600 atau 800, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan, dan turut didatangkan dengan sokongan LTE dan juga NFC.

Sekiranya benar, dan Sony memperkenalkannya dalam beberapa bulan lagi, maka ia akan menjadi salah satu pesaing untuk Galaxy Note 3 yang mana turut dikatakan akan hadir sekitar bulan September kelak.


TIPS & ULASAN