Waze Membawakan Integrasi Facebook Events

Waze Membawakan Integrasi Facebook Events

Diterbitkan pada Mei 31, 2013 oleh .

Waze sedia digunakan ramai sebagai aplikasi utama untuk tujuan navigasi, dan kini melalui kemaskini terbaru untuk aplikasi mereka, Waze membawakan integrasi Facebook Events, sekaligus memudahkan pengguna untuk ke sesuatu lokasi yang di RSVP mereka di Facebook Event dengan mudah.

Waze - Facebook Events

Melalui integrasi ini, ia menambah sebuah menu khas pada bahagian “Navigate”, dinamakan sebagai Facebook Event. Sebaik sahaja ia diaktifkan, ia akan memaparkan acara-acara yang ditandakan anda sebagai “akan hadir”, seterusnya memudahkan pengguna untuk ke sesuatu lokasi dengan lebih mudah.

Perkara ini juga membolehkan pengguna memilih sesuatu lokasi, tanpa perlu untuk memasukkannya secara manual seperti sebelum-sebelum ini.


TIPS & ULASAN