Seperti mana yang diperkatakan, pihak Microsoft Malaysia hari ini mengesahkan yang mana tablet Windows 8 daripada mereka, iaitu Surface Pro akan memasuk pasaran Malaysia pada minggu hadapan – 7 Jun 2013.
Surface RT telah dilancarkan oleh Microsoft sebelum ini di Malaysia, namun ramai yang masih menantikan Surface Pro untuk pasaran tempatan, memandangkan ia didatangkan dengan sokongan perkomputeran sepenuhnya.
Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui, dan mungkin ia akan dikongsikan ketika pelancarannya kelak.