Bloomberg hari ini melaporkan pihak HTC membatalkan perancangan untuk membangunkan dan mengeluarkan tablet Windows RT bersaiz 12-inci. Walaubagaimanapun, syarikat dari Taiwan tersebut masih kekal dalam membangunkan tablet bersaiz 7-inci dan akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Daripada apa yang diketahui, tablet bersaiz 7-inci tersebut kelak akan menggunakan sistem operasi Windows, dan akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi. Pada masa yang sama, versi Android untuk tablet tersebut juga dijangka akan diperkenalkan pada tarikh lebih kurang sama.
Berkemungkinan, dengan menawarkan tablet bersaiz 7-inci, HTC akan dapat memasarkan ia dengan lebih meluas, berbanding tablet bersaiz 12-inci yang masih tidak begitu ramai yang inginkannya.
Tarikh rasmi berkenaan bilakah ia akan dilancarkan masih tidak diketahui. Namun, sekiranya mereka merancang untuk memperkenalkan bersama-sama Windows 8.1 kelak, mungkin ia akan hadir sekitar Oktober atau November tahun ini.