Cari @ Amanz

Dengan telefon pintar yang sering hadir dengan skrin bersaiz besar, lebih ramai pengeluar yang merancang untuk hadir dengan peranti berbentuk phablet. Terkini, gambar yang dilaporkan sebagai Nokia Lumia 1030 hadir ke arena web, memperlihatkan Nokia turut sama akan hadir dengan peranti seumpamanya.

Nokia Phablet Lumia 1030

Sehingga kini, Nokia tidak pernah bercakap dengan peranti berbentuk phablet, dan melalui peranti yang dikatakan sebagai Lumia 1030 ini, ia kelihatan mungkin membawakan skrin dengan resolusi 1080p, serta membawakan lajur ketiga dalam bentuk Tiles pada peranti tersebut.

Buat masa ini, ia masih dikategorikan sebagai ura-ura dan desas-desus awal, dan masih tidak diketahui sama ada gambar yang hadir ini tulen atau pun sebaliknya.

  • Amaran
  • Kemaskini : Ia dikatakan gambar ini mungkin kurang benar, dan Nokia dikatakan tiada sebarang perancangan untuk phablet buat masa ini.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd