Animonsta Akan Hadir Dengan Filem Animasi Baru – Boboiboy : Sfera Kuasa

Animonsta Akan Hadir Dengan Filem Animasi Baru – Boboiboy : Sfera Kuasa

Diterbitkan pada June 1, 2013 oleh .

Animonsta sebelum ini telah mengumumkan akan hadir dengan filem animasi yang memfokuskan kepada watak Boboiboy sejak daripada tahun lepas, dan kini mereka secara rasminya mengumumkan projek tersebut, yang akan membawakan tajuk “Sfera Kuasa”.

Boboiboy - Sfera Kuasa

Buat masa ini, apakah jalan cerita disebaliknya masih tidak diketahui dan masih kekal rahsia lagi. Daripada apa yang dikongsikan Animonsta, filem tersebut akan ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan -2014.

Untuk tujuan promosi awal sebuah laman web disediakan oleh pihak Animonsta, yang sekadar memaparkan sebuah gambar berbentuk teaser dengan lagu latar. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Ayo ke laman web Amanz dalam Bahasa Indonesia :D

Tonton: Trailer Boboiboy The Movie Sudah Dirilis


TIPS & ULASAN