Cari @ Amanz

Samsung Evolution Kit merupakan salah satu kit khas daripada Samsung, khusus untuk pengguna SmartTV mereka untuk menaik-taraf televisyen pintar dengan pelbagai ciri-ciri dan spesifikasi baru. Seperti dinantikan sebelum ini, kini pihak Samsung berkongsi dengan kami berkenaan perancangan untuk membawanya ke Malaysia seawal penghujung bulan ini.

Samsung - Evolution Kit

Evolution Kit membawakan sebuah kotak kecil berwarna hitam, yang mana boleh dipasang pada bahagian Samsung SmartTV mereka dengan mudah. Dengan menggunakannya, ia akan mematikan cip dwi-teras pada televisyen mereka, dan mula menggunakan cip empat-teras, disamping pada masa yang sama membawakan beberapa ciri-ciri baru bersama-sama dengannya.

Antara perkara baru yang akan dibawakan adalah termasuk Smart Hub yang serba baru, disamping membawakan sokongan kemaskini dari segi sokongan motion dan juga input suara. Ia akan menyokong beberapa model terpilih pada tahun 2012 dan juga model awal tahun 2013.

Samsung - Evolution Kit

Di Malaysia, Samsung Evolution Kit ini akan ditawarkan pada harga RM899, dan dijangka akan ditawarkan seawal penghujung bulan ini di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd