Gambar Peranti Samsung Galaxy S4 Active Tertiris Ke Web

Gambar Peranti Samsung Galaxy S4 Active Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada June 1, 2013 oleh .

Samsung dijangka akan mengumumkan Samsung Galaxy S4 Active pada acara 20 Jun kelak, dan kini, setelah gambar peranti tersebut kelihatan sebelum ini, kini gambar yang lebih jelas hadir, memperlihatkan rekabentuk peranti tersebut secara keseluruhan.

Galaxy S4 Active

Seperti semua sedia maklum, peranti ini dikatakan bakal menyertakan skrin bersaiz 5-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz Snapdragon 600.

Samsung Galaxy S4 Active ini bakal memfokuskan kepada ketahanan dengan binaan yang kalis air dan juga debu. Selain peranti ini, Samsung juga dijangka akan hadir dengan Galaxy S4 Zoom pada acara yang sama, memfokuskan kepada bahagian kamera.


TIPS & ULASAN