Acer Bakal Hadir Dengan Komputer AIO Berasaskan Android Dan Menggunakan Cip Intel?

Acer Bakal Hadir Dengan Komputer AIO Berasaskan Android Dan Menggunakan Cip Intel?

Diterbitkan pada June 1, 2013 oleh .

Acer kelihatan agak aktif pada tahun ini, dan dengan Computex yang akan menjelang tiba pada minggu hadapan, kini laporan baru hadir mengatakan pihak Acer akan hadir dengan komputer berasaskan cip Intel, dan menggunakan sistem operasi Android padanya.

Acer AIO Android

Daripada apa yang dilaporkan, komputer AIO ini kelak akan menggunakan cip pemprosesan Intel Haswell 3GHz, memori sekitar 1GB dan menggunakan sistem operasi Android. Sama ada ia akan membawakan antaramuka khas yang dioptimasikan untuk paparan skrin besar ataupun sebaliknya masih tidak diketahui buat masa ini.

Sebagai perbandingan, sebelum ini, pihak Asus pernah hadir dengan komputer AIO yang menjalankan sistem operasi Android, tetapi ia turut dilengkapi dengan sistem alternatif – Windows 8, membolehkan pengguna memilih platform yang digemari mereka ketika menggunakannya.


TIPS & ULASAN