Twitter Memudahkan Lagi Proses Penyuntingan Info Profil

Twitter Memudahkan Lagi Proses Penyuntingan Info Profil

Diterbitkan pada June 1, 2013 oleh .

Profil TwitterTwitter semakin hari semakin meluas digunakan, dan terkini mereka hadir dengan kemaskini pada versi web dalam memudahkan pengguna untuk menyunting info semasa dan juga gambar pada profil mereka.

Pengguna kini ditawarkan dengan kebolehan untuk mengemaskini profil dengan lebih mudah, disamping boleh memuat-naik gambar profil dan juga gambar latar dengan hanya drag-drop daripada komputer.

Mungkin dengan kemudahan yang ditawarkan, ia akan membolehkan para pengguna untuk lebih rajin mengubah gambar latar profil, mahupun membuat perubahan pada profil mengikut citarasa mereka.

Bagi mereka yang ingin mencubanya, mungkin boleh ke halaman Twitter pada web, dan mencubanya sendiri pada bahagian penyuntingan profil.


TIPS & ULASAN