Tetris merupakan salah satu permainan berbentuk puzzle yang sedia popular diseluruh dunia dan hadir dalam pelbagai jenis variasi. Kini, penciptanya turut sama hadir dengan salah satu permainan baru dinamakan sebagai Marbly.
Melalui permainan ini, para pengguna perlu mengawal beberapa biji mutiara dalam menyusunnya dan menghilangkannya. Pelbagai jenis tahap disediakan, dimana dikatakan sebanyak lebih 180 puzzle unik disediakan melalui permainan ini.
Bagi para pengguna iOS yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri. Selain permainan ini, beberapa permainan lain juga dijangka akan direkabentuk oleh Alexey untuk platform mudah-alih tidak lama lagi.
- Muat-Turun Marbly untuk iOS