Cari @ Amanz

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, kini pihak SenHeng telah pun mula menyenaraikan peranti Galaxy S4 LTE pada laman mereka, sekaligus memperlihatkan harga peranti tersebut – RM2499. Ia akan ditawarkan terlebih dahulu oleh syarikat telekomunikasi, sebelum ditawarkan oleh SenHeng bermula 19 Jun kelak.

Berbanding set sedia ada, untuk variasi LTE, ia dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 600. Spesifikasi lain yang disertakan adalah sama dengan set sedia ada, iaitu skrin bersaiz 5-inci, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, memori sebanyak 2GB RAM dan juga ruangan storan terbina 32GB.

Maxis dijangka akan menawarkan peranti ini bermula minggu hadapan. Memandangkan Celcom dan DiGi, masing-masing masih belum bersedia sepenuhnya dengan rangkaian LTE mereka untuk peranti, maka mungkin ia tidak akan ditawarkan seawal pihak Maxis.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd