Cari @ Amanz

Dengan Windows RT dan Windows 8 yang dioptimasikan untuk tablet, kini pihak Microsoft mula mempromosikan sokongan yang dibawakan olehnya, dan terkini mereka melancarkan sebuah halaman khas untuk membandingkan tablet mereka dengan Apple iPad.

Untuk tujuan tersebut, Microsoft menyenaraikan sebanyak empat tablet pilihan yang menjalan Windows. iaitu Asus VivoTab Smart, Dell XPS 10, HP Envy x2 dan juga Surface RT.

Perbandingan yang dilakukan adalah dari segi pelbagai spesifikasi yang dibawakan, termasuk masa bertahan bateri dan juga fungsi-fungsi yang dibawakan melaluinya. Microsoft juga turut kelihatan memfokuskan kepada perisian Office yang disertakan secara percuma melalui Windows RT, yang mana tidak terdapat pada iPad.

Mungkin dalam minggu-minggu akan datang, lebih banyak iklan berbentuk perbandingan antara kedua-dua tablet akan hadir daripada pihak Microsoft.

Jadi, apa kata anda berkenaan perbandingan ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd