Itsdagram Dijenamakan Semula Sebagai Instance – Membawakan Rekabentuk Baru

Itsdagram Dijenamakan Semula Sebagai Instance – Membawakan Rekabentuk Baru

Diterbitkan pada June 1, 2013 oleh .

Itsdagram merupakan salah satu klien Instagram untuk Windows Phone yang mana membawakan fungsi yang lengkap untuk memuat-naik gambar, meninggalkan komen dan sebagainya. Kini, setelah dihubungi oleh pihak Microsoft untuk mengubah nama aplikasi berkenaan, pembangunnya telah menjenamakan semula ia sebagai Instance, dan pada masa yang sama membawakan antaramuka baru melaluinya.

Instance

Instance kini kelihatan membawakan rekabentuk seumpama beberapa aplikasi Google, dimana ia turut menyertakan fungsi baru seperti kebolehan untuk mencari rakan-rakan di Facebook, pull-to-refresh dan juga aplikasi yang berfungsi lebih pantas berbanding sebelumnya.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun ia secara percuma ataupun berbayar, dan mula menggunakannya untuk menggunakan perkhidmatan Instagram pada peranti Windows Phone anda.

Muat-Turun Instance untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN