Nokia Lumia EOS Dan Tablet Nokia Akan Dilancarkan Pada Bulan Julai?

Nokia Lumia EOS Dan Tablet Nokia Akan Dilancarkan Pada Bulan Julai?

Diterbitkan pada June 1, 2013 oleh .

Dua peranti yang diura-ura akan sejak beberapa bulan lepas, tetapi masih belum dilancarkan sehingga kini adalah tablet daripada Nokia dan juga telefon pintar Lumia dengan sensor 41-megapixel. Kini, kedua-dua peranti tersebut dikatakan akan hadir sekitar bulan Julai kelak.

Nokia sedia menawarkan telefon pintar Symbian dengan sensor 41-megapixel, iaitu Nokia 808 PureView. Sejak dilancarkan, ia telah menerima maklumbalas positif, disamping Nokia turut memperkenalkan teknologi PureView pada beberapa peranti Lumia mereka.

Pada bulan lepas, ramai menjangka Nokia akan melancarkan peranti Lumia dengan sensor 41-megapixel, tetapi Nokia sekadar hadir dengan Lumia 925 sahaja.

Selain peranti dengan sensor 41-megapixel, Nokia juga dikatakan akan hadir dengan tablet Windows 8 mereka. Spesifikasi tablet tersebut masih tidak diketahui sepenuhnya, tetapi memandangkan ia akan hadir daripada Nokia, mungkin kita boleh melihat Nokia hadir dengan pelbagai aplikasi khusus, disamping pada masa yang sama membawakan rekabentuk yang agak menarik bersama-sama dengannya.

Apa pun, ia hanya sekadar spekulasi awal sahaja buat masa ini, dan mungkin segalanya akan terjawab pada bulan hadapan.


TIPS & ULASAN