Asus Memperkenalkan Monitor 4K Bersaiz 31.5-inci

Diterbitkan pada Jun 1, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan Computex 2013 yang menjelang tiba, kini pihak Asus telah pun memperkenalkan monitor terbaru mereka yang mana membawakan paparan 4K. Melalui skrin bersaiz 31.5-inci tersebut, pengguna boleh menikmati paparan 3840×2160 pixel, dan mungkin bersesuaian untuk para perekabentuk dan penyunting video dan gambar.

Asus 4K Monitor

Monitor tersebut turut dikatakan menyertakan teknologi IGZO, sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga, disamping didatangkan bersama-sama DisplayPort dan juga HDMI-input. Speaker turut diintegrasikan bersama-sama dengan monitor ini.

Buat masa ini, harga monitor ini masih tidak diketahui lagi. Selain daripada monitor bersaiz 31.5-inci ini, model bersaiz 39-inci juga dijangka akan diperlihatkan pada Computex kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami