Core i5 4570 | RM619 |
Core i5 4670 | RM679 |
Core i5 4670K | RM729 |
Core i7 4770 | RM929 |
Core i7 4770K | RM1049 |
Cip pemprosesan Intel generasi ke-4 yang turut dikenali dengan nama kod “Haswell” akan dilancarkan secara rasmi pada Computex kelak, dan lebih awal daripada itu, ia telah pun mula ditawarkan oleh penjual tempatan, Compuzone.
Sebanyak lima variasi cip Haswell ditawarkan oleh mereka, dimana pada harga bermula RM619 untuk Intel Core i5 4570 sehingga kepada Intel Core i7 4770K yang ditawarkan pada harga RM1049.
Daripada apa yang dikongsikan oleh pihak Compuzone, cip tersebut telah pun boleh didapati daripada Plaza Low Yat dan juga Digital Mall.
Kita akan dapat mendengar lebih lanjut berkenaan dengan cip pemprosesan terbaru daripada Intel ini pada minggu hadapan. Dan bagi mereka yang ingin mendapatkannya lebih awal, mungkin boleh membelinya daripada pengedar tempatan terlebih dahulu.