Google Bakal Mengumumkan Sesuatu Yang Baru Untuk Chrome Mobile

Google Bakal Mengumumkan Sesuatu Yang Baru Untuk Chrome Mobile

Diterbitkan pada June 2, 2013 oleh .

chromebook-tabletGoogle selain daripada menawarkan pelayar web mereka untuk pengguna desktop, Chrome turut ditawarkan untuk para pengguna Android dan juga iOS. Kini, melalui saluran YouTube Google Developers, ia kelihatan gergasi internet tersebut sedang merancang untuk membuat sebuah pengumuman khas pada minggu hadapan.

Dua acara khas dijadualkan oleh pihak Google, iaitu satu pada minggu hadapan – 8 Jun, dan satu lagi pada 14 Jun. Apakah yang bakal diumumkan masih tidak diketahui lagi.

Namun, ia tidak menghentikan ramai daripada membuat spekulasi berkenaan dengannya, dimana ramai menjangka Google akan mengumumkan sokongan Chrome Extension untuk pelayar web Chrome pada Android (dan iOS?).

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh pihak Google pada acara khas tersebut.


TIPS & ULASAN