Cari @ Amanz

Di Malaysia, pelbagai peranti Android yang ditawarkan di pasaran, membolehkan pengguna memilih peranti mengikut spesifikasi, jenama dan sebagainya. Perkara ini sekaligus kelihatan menyumbang kepada angka penggunaan peranti Android di Malaysia.

StatCounter - Mei 2013

Mengikut statistik semasa yang dikeluarkan oleh StatCounter, Android kini memegang sebanyak lebih kurang 66.68% daripada peranti mudah-alih di Malaysia, dan pada kedudukan kedua adalah peranti berasaskan iOS pada 11.16%.

Mengikut graf yang dikeluarkan juga, ia kelihatan hanya platform Android sahaja yang terus memperlihatkan peningkatan dari bulan ke bulan berbanding yang lain.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan graf statistik ini? Adakah tidak lama lagi ia akan melangkaui 70% untuk platform Android?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd