Kemaskini Android 4.2.2 untuk HTC One telah dikatakan akan hadir dalam masa beberapa minggu lagi sebelum ini, dan kini ia dikongsikan berkenaan beberapa fungsi yang akan didatangkan bersama-sama dengannya dan diperkenalkan kepada semua secara berperingkat tidak lama lagi.
Antaranya adalah sokongan untuk memperlihatkan peratusan tahap bateri, penambahan akses tetapan pantas, kebolehan untuk mengakses menu dengan menekan butang Home, membolehkan pengguna membuang ikon pada bahagian dock, dan juga beberapa penambah-baikkan lain termasuk pada Blinkfeed.
Ia tidak diketahui lagi bilakah kemaskini ini akan hadir kepada semua pengguna, dan mungkin ia kini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.