Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, kami pernah berkongsi mengenai perkhidmatan DuoLingo yang mana menawarkan kebolehan untuk sesiapa sahaja mempelajari pertuturan asas dalam beberapa bahasa lain, iaitu Sepanyol, Perancis, Jerman, Itali dan beberapa yang lain. Kini, ia turut ditawarkan dalam bentuk aplikasi Android, memudahkan anda mempelajari terus melalui peranti anda.

DuoLingo

Menggunakan DuoLingo, para pengguna terlebih dahulu perlu memautkan akaun anda, sama ada Facebook, Google+, ataupun mendaftarkan akaun percuma. Sebaik sahaja selesai mendaftar, anda boleh memilih bahasa yang ingin dipelajari, dan memulakan pembelajaran awal menggunakannya.

Untuk mengajar, DuoLingo memaparkan beberapa soalan asas, yang mana kemudian pengguna dibawa setapak demi setapak kehadapan, menjadikan pembelajaran interaktif, disamping pengguna turut boleh mengetahui bagaimanakah cara menyebut sesuatu perkataan.

Bagi anda yang ingin mempelajari bahasa tambahan, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri aplikasi DuoLingo ini pada peranti anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd