Carian
Tiada Lagi Yahoo! Mail Classic – Yahoo! Mail Baru Diaktifkan Untuk Semua
June 3, 2013 Aman

Yahoo!Yahoo! telah memperkenalkan Yahoo! Mail yang diberikan nafas baru pada penghujung tahun lepas, dan kini ia diumumkan, bermula hari ini, pihak Yahoo! tidak lagi akan menyokong paparan Mail Classic, sekaligus meminta semua pengguna untuk menggunakan antaramuka baru.

Bersama-sama dengan pengaktifan versi baru, ia juga turut sama memberikan kebenaran kepada pihak Yahoo! untuk mengimbas emel dalam memperlihatkan pengiklanan yang berkaitan dan sebagainya. Dengan menyelarikan antaramuka antara semua pengguna juga, kelak ia akan memudahkan pihak Yahoo! dalam memperkenalkan fungsi-fungsi baru untuk semua pengguna.

Yahoo! kelihatan agak agresif kembali dalam dunia internet, dimana pada bulan lepas kita telah melihat mereka memperkenalkan ruangan storan percuma sehingga 1TB untuk Flickr. Mungkinkah dalam beberapa bulan lagi, mereka melakukan perkara sama pada perkhidmatan emel mereka?

Komen