Acer Iconia W3 Diumumkan Secara Rasmi – Tablet Windows Bersaiz 8-inci

Acer Iconia W3 Diumumkan Secara Rasmi – Tablet Windows Bersaiz 8-inci

Diterbitkan pada June 3, 2013 oleh .

Tablet Acer bersaiz 8-inci telah pun mula kelihatan pada laman rasmi Acer sebelum ini, dan hari ini, gergasi dari Taiwan tersebut secara rasminya mengumumkan Acer Iconia W3 secara rasmi.

Acer Iconia W3

Acer Iconia W3 membawakan skrin bersaiz 8.1-inci dengan paparan LCD 1280×800 pixel, dijana menggunakan Intel Atom Z2760, serta menjalankan sistem operasi Windows 8 sepenuhnya.

Perkara ini juga sekaligus menjadikan Acer sebagai pengeluar pertama yang mengumumkan tablet Windows 8 pada saiz tersebut.

Acer Iconia W3 ini dijangka akan dijual pada harga $379 (~RM1169), namun bilakah tarikh rasmi ia akan memasuki pasaran Malaysia masih menjadi tanda tanya.


TIPS & ULASAN