Selain daripada Acer, hari ini, pihak Asus juga turut sama telah memperkenalkan penambah-baikkan pada keluarga tablet MeMo Pad mereka, melalui pengenalan Asus Memo Pad FHD 10. Seperti pada namanya, ia membawakan paparan HD penuh dengan resolusi 1920×1200 pixel.
Asus Memo Pad FHD 10 ini juga turut dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom 1.6GHz, serta dilengkapi dengan Android 4.2 Jelly Bean. Asus mengatakan bateri yang disertakan bersama-sama dengannya turut membawakan masa penggunaan sehingga 10 jam lamanya.
Tablet ini turut menyertakan memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan juga kamera hadapan 1.2-megapixel.
Mengikut maklumbalas awal, tablet ini dikatakan kelihatan amat solid dan membawakan pengalaman penggunaan Android yang amat baik tanpa sebarang lengah masa.