Cari @ Amanz

Selain daripada tablet Iconia W3 dan juga telefon pintar baru, pihak Acer turut sama mengumumkan kemaskini kepada keluarga komputer riba mereka, dimana kini turut didatangkan dengan cip pemprosesan Intel Haswell.

Acer Aspire S7

Kemaskini diumumkan untuk komputer riba Acer Aspire S7 Ultrabook, yang mana selain menjalankan cip pemprosesan Intel terkini, ia turut menyertakan ruangan storan sehingga 1TB bersama-sama dengannya, selain turut membawakan masa penggunaan bateri yang lebih lama.

Selain Aspire S7, Ultrabook Acer Aspire S3 turut sama dikemaskini dengan rekabentuk yang lebih kurang menyerupai Aspire S7, dan turut membawakan penaik-tarafan dari segi spesifikasi. Ia kini turut sama menyertakan ruangan storan sehingga 1TB, cip Intel Haswell dan juga skrin sentuh 1080p IPS.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah kedua-dua komputer riba versi baru ini akan hadir ke pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd