Asus Memperkenalkan Asus FonePad Note – Tablet 6-inci Dengan Stylus

Asus Memperkenalkan Asus FonePad Note – Tablet 6-inci Dengan Stylus

Diterbitkan pada June 3, 2013 oleh .

Pada awal tahun ini, pihak Asus telah pun sedia memperkenalkan Asus FonePad yang mana membawakan peranti bersaiz 7-inci dengan sokongan panggilan suara dan SMS. Terkini, hari ini mereka memperkenalkan salah satu variasi daripadanya, dinamakan sebagai Asus FonePad Note.

Asus FonePad Note

Asus FonePad Note

Asus FonePad Note, selain membawakan segala ciri-ciri pada FonePad, ia turut dilengkapi dengan sokongan stylus, membolehkan para pengguna menggunakannya dalam mencatatkan nota dan membuat lakaran.

Dari segi spesifikasi, kini ia membawakan skrin bersaiz 6-inci dengan paparan 1080p, dwi-speaker pada bahagian hadapan, dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z2560 1.6GHz. Peranti ini turut sama menyertakan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, 1.2-megapixel pada bahagian hadapan dan juga memori sebanyak 2GB RAM.

Asus FonePad Note

Tarikh rasmi bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN