Asus Transformer Pad Infinity Dengan Cip Tegra 4 Diumumkan

Diterbitkan pada Jun 3, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan pelbagai pengumuman daripada pihak Asus, mereka juga turut sama mengemaskini keluarga Transformer Pad mereka, dimana Asus telah pun mengumumkan Asus Transformer Pad Infinity pada Computex hari ini.

Asus Transformer Pad Infinity

Peranti yang boleh diubah kepada tablet dengan mudah itu kini menyertakan cip pemprosesan Tegra 4, selain dilengkapi dengan skrin 10.1-inci (2560×1600 pixel), serta kamera 5-megapixel pada bahagian belakang.

Sokongan lain, seperti dock papan kekunci turut sama disertakan bersama-sama dengan Asus Transformer Pad Infinity ini. Memandangkan ia menyertakan cip Tegra 4, maka secara tidak langsung ia turut menawarkan kepermainan yang lebih baik, disamping sokongan untuk video 4K melalui peranti tersebut.

Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami