Setelah memperkenalkan salah satu tablet daripada siri Galaxy Tab 3 sebelum ini, hari ini, gergasi Korea tersebut turut sama hadir dengan dua lagi variasi dalam siri yang sama, masing-masing bersaiz 8-inci dan juga 10.1-inci.
Galaxy Tab 3 bersaiz 8-inci membawakan skrin WXGA TFT, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel dan juga dilengkapi dengan Android 4.2 Jelly Bean serta antaramuka TouchWiz.
Variasi bersaiz 10.1-inci pula membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.6GHz, kamera 3-megapixel pada bahagian belakang dan juga kamera 1.3-megapixel pada bahagian hadapan. Ia turut sama dilengkapi dengan Android 4.2 Jelly Bean dan juga antaramuka TouchWiz padanya.
Harga kedua-dua peranti tersebut masih belum diumumkan buat masa ini, dan bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia masih menjadi tanda tanya.