Mozilla Dan Foxconn Akan Bekerjasama Dalam Membangunkan 5 Peranti – Termasuk Tablet

Mozilla Dan Foxconn Akan Bekerjasama Dalam Membangunkan 5 Peranti – Termasuk Tablet

Diterbitkan pada June 3, 2013 oleh .

Mozilla telah pun memperlihatkan Firefox OS mereka sebelum ini, dan kini selain bekerjasama dengan pihak ZTE, Alcatel dan lain-lain dalam membangunkan telefon pintar Firefox OS, kini mereka turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Foxconn.

Prototaip Tablet Firefox OS

Daripada apa yang dikongsikan di Computex hari ini, kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama dalam membangunkan sekurang-kurangnya lima peranti, termasuk salah satunya adalah tablet.

Seperti semua sedia maklum, Firefox OS menjalankan sistem operasi berasaskan HTML5, dan ditujukan kepada peranti berbentuk versi asas dan pertengahan.

Sehingga kini, beberapa pengeluar telah menyatakan sokongan, termasuk antaranya adalah LG, ZTE dan juga Huawei.

Namun, buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah Mozilla dan Foxconn akan memperkenalkan peranti mereka, dan memasarkannya kepada umum.


TIPS & ULASAN