Skype Untuk Windows 8 Kini Membawakan Sokongan Permesejan Video

Skype Untuk Windows 8 Kini Membawakan Sokongan Permesejan Video

Diterbitkan pada June 3, 2013 oleh .

Setelah memperkenalkan sokongan permesejan video sebelum ini kepada beberapa aplikasi Skype pada platform lain, kini sokongan tersebut turut sama diperkenalkan oleh Microsoft untuk para pengguna Skype untuk Windows 8.

Skype Mesej Video

Melalui permesejan video, pengguna boleh merakamkan video pendek terlebih dahulu, dan kemudiannya menghantar kepada rakan mereka. Ia membolehkan mesej dihantar walaupun rakan mereka offline pada sesuatu masa, dan menerimanya apabila log masuk ke Skype.

Bagi para pengguna yang menggunakan Windows 8, boleh memuat-turun Skype untuk Windows 8 secara percuma daripada Windows Store hari ini.

Muat-Turun Skype untuk Windows 8


TIPS & ULASAN