Cari @ Amanz

Setelah ditawarkan untuk para pengguna iOS sebelum ini, kini pihak Twitter turut sama mengumumkan aplikasi Vine untuk Android, sekaligus membawakan aplikasi merakam video tersebut kepada lebih ramai pengguna seluruh dunia.

Vine Android

Menurut pihak Twitter, Vine kini mempunyai lebih daripada 13 juta pengguna seluruh dunia. Sejak diperkenalkan, ramai yang telah mula menggunakannya, termasuk pelbagai jenama besar yang menggunakannya dalam mempromosikan produk, malah filem dan juga permainan melaluinya.

Bagi yang tidak mengenali akan Vine, ia merupakan salah satu aplikasi rakaman video yang membolehkan pengguna merakamkan video sehingga 6 saat, dan berkongsi dengan lain.

Untuk versi Android, ia masih pada peringkat awal, dimana pengguna perlu menggunakan kamera belakang untuk merakam buat masa ini, dan kemaskini untuk penggunaan kamera hadapan dijangka akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi.

Pihak Twitter mengatakan ia menyokong Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan terkini. Bagi yang menggunakan peranti Android, boleh memuat-turun ia daripada Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd