Apple Menyediakan Aplikasi WWDC 2013 Untuk iOS

Apple Menyediakan Aplikasi WWDC 2013 Untuk iOS

Diterbitkan pada June 4, 2013 oleh .

WWDC iOSDengan acara WWDC 2013 yang akan diadakan pada minggu hadapan, kini pihak Apple telah pun menerbitkan salah satu aplikasi khas untuknya, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai perkembangan semasa, termasuk menonton acara keynote melaluinya.

Aplikasi WWDC ini ditawarkan secara percuma untuk para pengguna iOS, membolehkan mereka mengikuti beberapa perkara, termasuk melihat jadual acara dan sesi, melihat video sesi yang dikemaskini secara harian, dan mengikuti pelbagai berita semasa melaluinya.

Untuk mereka yang menghadiri WWDC juga, mereka boleh menggunakan aplikasi ini dan mengintegrasikan informasi Passbook melaluinya.

Bagi yang berminat, boleh memuat-turun dan bersedia dengan aplikasi ini, dimana acara WWDC 2013 akan diadakan bermula pada awal pagi Selasa hadapan.

Muat-Turun WWDC untuk iOS


TIPS & ULASAN