Chrome Untuk iOS Kini Membawakan Sokongan Carian Suara

Chrome Untuk iOS Kini Membawakan Sokongan Carian Suara

Diterbitkan pada June 4, 2013 oleh .

Google Voice SearchGoogle hari ini memperkenalkan Chrome 27 untuk para pengguna iOS, sekaligus menyertakan salah satu fungsi yang menarik, iaitu sokongan carian suara yang amat baik, memudahkan pengguna untuk membuat carian dengan hanya input suara.

Untuk memudahkan perkara ini, Google turut sama mengintegrasikan sebuah butang carian khas pada papan kekunci, memudahkan pengguna menggunakan carian suara dengan hanya menekan padanya.

Selain daripada itu, beberapa terma carian yang terpilih juga akan membuatkan Google membacakan kembali hasil carian, seperti yang terdapat pada versi desktop sebelum ini.

Bagi mereka yang menggunakan iPhone ataupun iPad, mungkin boleh memuat-turun ia hari ini, dan mencubanya sendiri pada peranti anda.

Muat-Turun Chrome untuk iOS


TIPS & ULASAN