GMail 4.5 Untuk Android Diperkenalkan – Membawakan Sokongan Inbox Baru

GMail 4.5 Untuk Android Diperkenalkan – Membawakan Sokongan Inbox Baru

Diterbitkan pada June 4, 2013 oleh .

Pada minggu lepas, pihak Google telah mengumumkan GMail yang diberikan kemaskini, membawakan sokongan tab pada bahagian inbox, sekaligus membolehkan pengguna menguruskan emel dengan mudah. Setelah memperkenalkan versi webnya, hari ini, Google mula memperkenalkan kemaskini untuk para pengguna Android.

GMail Baru Android

Melalui aplikasi GMail 4.5 tersebut, ia membolehkan pengguna menikmati fungsi inbox baru, disamping menguruskan emel mereka dengan lebih mudah. Sokongan swipe-to-refresh turut disertakan, selain beberapa penambahan lain, dimana salah satunya adalah kebolehan memadamkan Trash dengan hanya satu pilihan.

Bagi para pengguna Android, kemaskini GMail 4.5 ini diperkenalkan secara berperingkat, dimana anda mungkin boleh menyemak pada Google Play Store, ataupun memuat-turunnya hari ini. Untuk menggunakannya, anda perlulah menggunakan inbox baru pada versi web terlebih dahulu.

Muat-Turun GMail untuk Android


TIPS & ULASAN