Android Jelly Bean Digunakan Oleh Lebih 33% Pengguna Global

Android Jelly Bean Digunakan Oleh Lebih 33% Pengguna Global

Diterbitkan pada June 4, 2013 oleh .

Android - Jun 2013Seperti setiap bulan, hari ini pihak Google telah pun mengeluarkan kemaskini statistik penggunaan peranti Android yang aktif, dimana seperti biasa, versi Gingerbread masih mendahului yang lain pada 36.4% peranti global yang aktif.

Menduduki ditangga kedua adalah Android Jelly Bean (gabungan versi 4.1 dan 4.2) yang berjumlah 33%, manakala Ice Cream Sandwich pula berjumlah sekitar 25.6%.

Kemaskini versi Android sering menjadi perbualan hangat, dimana kebanyakkan pengeluar mengambil masa yang agak lama sebelum memperkenalkannya. Perkara ini secara tidak langsung memberikan kesan kepada para pembangun dalam mengoptimasikan aplikasi mereka untuk pelbagai versi Android.

Google sendiri baru-baru ini kelihatan cuba mengatasi masalah tersebut, dengan mengumumkan kerjasama dengan pengeluar, dimana selain menawarkan peranti Nexus, mereka juga akan mula menawarkan Galaxy S4 dan juga HTC One yang didatangkan dengan versi Android asli, tanpa sebarang penambahan daripada pengeluar.

Mungkinkah, kelak lebih banyak peranti akan ditambah oleh Google, sekaligus memudahkan proses kemaskini diperkenalkan pada masa hadapan?


TIPS & ULASAN