Carian
Toshiba Hadir Dengan Tiga Tablet Android Baru – Excite Pure, Pro Dan Write
June 4, 2013 Aman

Dengan pelbagai pengeluar yang memperkenalkan peranti baru mereka, kini Toshiba turut sama mengambil peluang dalam memperkenalkan tiga tablet Android baru, dibawah siri keluarga Excite.

Ketiga-tiga tablet yang diperkenalkan oleh Toshiba merangkumi daripada spesifikasi asas, pertengahan dan juga spesifikasi tinggi. Ketiga-tiga juga membawakan skrin bersaiz 10-inci, dan dijana menggunakan Android 4.2 Jelly Bean.

Toshiba Excite Pure

Excite Pure merupakan tablet versi asas daripada Toshiba yang dijana menggunakan cip pemprosesan Tegra 3, skrin dengan resolusi 1280×800 pixel, ruangan storan 16GB dengan sokongan mikro-SD, dan tidak membawakan sebarang kamera belakang.

Berbeza pula untuk Toshiba Excite Pro, ia membawakan cip pemprosesan Tegra 4, sekaligus menyokong paparan sehingga 2560×1600 pixel, dan juga dilengkapi kamera belakang 8-megapixel.

Toshiba Excite Pro

Dan akhir sekali, Toshiba Excite Write pula menyertakan sokongan stylus, membolehkan pengguna menulis dan mengambil nota serta lakaran pada tablet yang dijana menggunakan Tegra 4, kamera 8-megapixel dan juga skrin dengan paparan 2560×1600 pixel tersebut.

Toshiba Excite Write

Komen