Carian
Friendster Dan Kakao Mengumumkan Kerjasama Eksklusif
June 4, 2013 Aman

Friendster - KakaoDengan beberapa perkhidmatan permesejan sedia memasuki Malaysia, kini Kakao turut sama tidak ingin ketinggalan, dan kini Kakao dan juga Friendster mengumumkan kerjasama dalam usaha terus memperluaskan penggunaan perkhidmatan permesejan tersebut di Malaysia.

Melalui kerjasama tersebut, pihak Friendster akan memasarkan, dan memperkenalkan Kakao di Malaysia dengan pelbagai kandungan dan perkhidmatan dari Malaysia. Ia dikatakan pihak Friendster akan menggunakan perkhidmatan seperti Friendster WiFi dan juga Friendter iCafe dalam mempromosikan perkhidmatan Kakao di Malaysia.

Bagi yang tidak mengenali Kakao, ia agak popular sebagai perkhidmatan permesejan KakaoTalk, membolehkan para pengguna peranti mudah-alih berinteraksi antara satu sama lain dengan mudah. Selain KakaoTalk, beberapa aplikasi lain yang turut ditawarkan mereka adalah termasuk KakaoStory, KakaoPoll dan juga KakaoAlbum.

Sebelum ini, pihak UMobile juga turut sama telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Kakao, dalam membolehkan pengguna mereka menggunakan perkhidmatan tersebut tanpa mempengaruhi penggunaan data mereka.

Komen