Cari @ Amanz

Sony hari ini menambah tawaran telefon pintar dengan spesifikasi asas mereka melalui peranti Xperia M. Melalui peranti ini, Sony turut menawarkan variasi dwi-SIM, selain didatangkan dengan rekabentuk yang agak menarik berbanding pelbagai peranti lain di pasaran.

Sony Xperia M

Sony Xperia M membawakan skrin bersaiz 4-inci FWVGA dengan paparan 854×480 pixel, kamera belakang 5-megapixel, cip pemprosesan 1GHz dwi-teras, serta beberapa sokongan lain seperti ClearAudio+, xLoud, dan juga sokongan STAMINA Mode. Peranti ini turut sama membawakan rekabentuk ikonik Sony untuk tahun 2013, yang mana membawakan rekaan butang kuasa yang selari dengan pelbagai peranti Sony yang baru.

Xperia M akan ditawarkan bermula suku ketiga 2013 kelak, dan akan ditawarkan dalam variasi dwi-SIM melalui Xperia M Dual. Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd