Cari @ Amanz

Walaupun pelbagai info berkenaan cip Intel Haswell telah kedengaran sebelum ini, malah telah dijual di beberapa kedai tempatan, hari ini, pihak Intel mengambil pentas utama di Computex, dan memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka itu secara rasminya.

Intel Haswell

Bersama-sama dengan pelancaran Intel Haswell, pihak Intel turut sama berkongsi mengatakan cip baru mereka kini membawakan peningkatan prestasi sehingga 15%, disamping pada masa yang sama menjimatkan tenaga, sekaligus membolehkan bateri pada komputer riba bertahan 50% lebih lama berbanding sebelumnya.

Selain daripada kuasa perkomputeran dan masa penggunaan bateri, pihak Intel juga turut sama memberikan perhatian kepada grafik, dimana ia menyertakan sokongan grafik yang lebih baik berbanding sebelumnya. Versi Core i7 turut sama menyertakan sokongan grafik daripada Intel yang dinamakan Iris, membolehkan para pengguna memainkan permainan video pada tetapan asas tanpa sebarang masalah.

Intel Haswell

Intel Haswell

Intel Haswell

Pada pengumuman berkenaan cip pemprosesan terbaru ini, pihak Intel turut sama memperlihatkan sokongan interaksi berasaskan suara pada PC, dimana ia dikuasakan oleh Nuance. Sokongan ini akan ditawarkan dalam sembilan bahasa pilihan kelak.

Komputer riba yang menjalankan cip pemprosesan Intel Haswell ini dijangka akan dipasarkan dalam sebulan dua lagi di Malaysia, sementara pengguna desktop sudah boleh mendapatkan cip ini daripada para pengedar tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd