Halo boleh dikatakan antara permainan yang popular dikalangan pengguna Xbox sebelum ini, dan hari ini pihak Microsoft berkongsi maklumat berkenaan dengan Halo : Spartan Assault yang akan diperkenalkan untuk PC dan juga telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Windows Phone 8
Dari segi jalan cerita, ia mengambil latar masa antara Halo 3 dan juga Halo 4, dan masih kekal membawakan permainan berbentuk aksi tembak-menembak.
Seperti beberapa permainan mudah-alih, ia akan kekal membawakan sokongan in-app purchase, membolehkan pengguna untuk membeli beberapa senjata unik dan sebagainya.
Permainan ini akan diperkenalkan kepada para pengguna Windows dan juga Windows Phone 8 pada bulan Julai ini.