GMail Untuk iOS Dikemaskini Dengan Sokongan Paparan Inbox Baru

GMail Untuk iOS Dikemaskini Dengan Sokongan Paparan Inbox Baru

Diterbitkan pada June 5, 2013 oleh .

Selepas memperkenalkan kemaskini aplikasi GMail untuk Android semalam, hari ini pihak Google turut sama memperkenalkan kemaskini yang lebih kurang sama kepada para pengguna iOS.

Melalui GMail untuk iOS versi terbaru, ia membawakan sokongan inbox baru daripada Google, membolehkan pelbagai emel anda diuruskan dan disusun mengikut kategori mereka dengan pantas dan automatik.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan fungsi ini pada peranti iOS anda, sokongan GMail baru perlu diaktifkan terlebih dahulu pada desktop.

Bagi para pengguna yang menggunakan peranti iOS, boleh memuat-turun aplikasi GMail baru, dan menguruskan emel anda dengan lebih pantas dan efisyen lagi.

Muat-Turun GMail untuk iOS


TIPS & ULASAN