Konami Berkongsi Lebih Banyak Info Berkenaan PES 2014

Konami Berkongsi Lebih Banyak Info Berkenaan PES 2014

Diterbitkan pada June 5, 2013 oleh .

Pada minggu lepas, pihak Konami telah pun memperlihatkan sebuah video teaser untuk permainan simulasi bola sepak akan datang. Kini, pembangun permainan tersebut turut sama berkongsi lebih lanjut berkenaan dengan permainan PES 2014 yang akan datang tidak lama lagi.

ProEvolution Soccer 2014

PES 2014 akan membawakan salah satu perubahan drastik, dimana kini ia akan dijana oleh Fox Engine, sekaligus membawakan pelbagai penambah-baikkan pda permainan tersebut. Bersama-sama dengan penggunaan enjin ini, beberapa sokongan baru turut akan hadir pada permainan PES 2014 kelak.

Antaranya adalah sokongan TrueBall Tech, membolehkan para pengguna untuk mengawal bola, dan menghantar ia dan menerima dengan lebih baik menggunakan kawalan analog. Selain itu, MASS (Motion Animation Stability System) turut sama dibawakan, membolehkan pelbagai jenis animasi berbeza diperlihatkan bergantung kepada arah gerakan badan pemain didalam permainan. Selain kedua-dua ini, beberapa perkara lain turut akan didatangkan, membolehkan para pemain memainkan PES 2014 dalam keadaan yang lebih realistik berbanding sebelum-sebelum ini.

PES 2014 kelak akan ditawarkan untuk para pengguna PC, PlayStation 3, Xbox 360 dan juga PSP.

ProEvolution Soccer 2014

ProEvolution Soccer 2014


TIPS & ULASAN